2012年11月24日星期六
SeaWorld's Old "Dolphin Discovery" Show (in HD)
1. Dolphins are marine mammals closely related to whales and porpoises.
2. There are almost forty species of dolphin in 17 genera. They vary in size from 1.2 m
(4 ft) and 40 kg (90 lb) (Maui's dolphin), up to 9.5 m (30 ft) and 10 tonnes (9.8 long
tons; 11 short tons) (the orca or killer whale).
3. They are found worldwide, mostly in the shallower seas of the continental shelves,
and are carnivores, eating mostly fish and squid.
4. The familyDelphinidae is the largest in the Cetacean order, and evolved relatively
recently, about ten million years ago, during the Miocene.
5. Dolphins are among the most intelligent animals, and their often friendly appearance, an artifact of the "smile" of their mouthline, and seemingly playful attitude have made them very popular in human culture.
2012年6月18日星期一
Seni itu indah ~
Pendahuluan
·
Seni
Seni
adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni
memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang
dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan
yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti
tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu.
Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira aspek-aspek
formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai
pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.
Secara
umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang
merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni
ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap
indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan
sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta
pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12).
Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula
menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni
adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).
·
Seni Visual
Seni
visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni
halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk
teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis
dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea
ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan
ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu.
Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun
perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual
apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan
sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.
Karya
seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan
campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan
filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad
kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru
seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual
menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan
pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).
Perkembangan
budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru
melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah
seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk
kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan
merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina,
puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada
seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik,
seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman,
seni landskap, multimedia dan animasi.
Di
samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi,
seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya
disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan
penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat
tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni
ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif
dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan
ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki
konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri.
Kepelbagaian
ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan
hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran,
serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada
bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu
bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian
terhadap kerja-kerja seni.
订阅:
博文 (Atom)